Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 16, 2013

Berniaga Kecil-kecilan

Seitap hujung minggu iaitu hari Jumaat, mama buka gerai jualan pakaian wanita. Mama jual blouse/kemeja, jubah, baju kurung dan baju mini kurung. Mama buka gerai sebelah pagi yang bertapak di pasar TEMAN.
Seronok juga berniaga di sini, semua peniaga-peniaga di sini ramah dan baik, sambutan pelanggan juga boleh tahan pelbagai peringkat umur dan pelbagai ragam.
Tak sabar rasa nak tunggu bulan Ramadhan, bulan ramadhan pasti tak menan tangan nak layan pelanggan... insya Allah mudah-mudahan dengan izinNYA.
Kami doakan moga dilimpahkan rezeki yang halal kepada kami sekerluarga. AMIN

  


ANAK-ANAK

Assalamualaikum...

Sudah lama mama menyepi dari menulis... bukan lupa tapi masa tidak mengizinkan untuk mengarang (cewah ayat). Berbalik pada tajuk di atas, anak mama Abg Long sekarang dah darjah 4, Abg Ngah 5 tahun jadi mama hantarkan ke tadika (Tadika Precius One) kedua-duanya turun awal pagi dan akan pulang selepas waktu pejabat. Sesi menghantar dan mengambil anak-anak sekolah adalah tugas papa. Adek pula mama hantar ke rumah pengasuh. 

Syukur alhamdulillah kedua-dua anak mama serasi dengan sekolah masing-masing. 
Pada 30.06.2013 adek terpaksa masuk ward kerana pada 01.07.2013 adek akan menjalani satu lagi pembedahan. Kami sekeluarga tak henti-henti doakan keselamatan untuk adek. Harapan kami agar adek sihat dan tidak mempunyai masalah untuk menghadapi pembedahan nanti.

Kami sekerluarga perlu kuatkan mental dan fizikal untuk adek.

harta kami

Monday, July 23, 2012

Perniagaan Ibunda

KARIPAP SEGERA 
12 BIJI RM 3.50 : INTI UBI KENTANG SHJ
12 BIJI RM 4.50 : INTI UBI KENTANG + DAGING
12 BIJI RM 4.50 : INTI UBI KENTANG + AYAM


Selamat berpuasa

Alhamdullilah kepada Tuhan kerana memanjangkan umur kita semua untuk terus menikmati bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan... Jadi marilah kita semua manfaatkan bulan yang penuh kemuliaan ini perbanyakkanlah amal ibadah selagi ada masa ini... insyAllah akan dapat ganjaran yang berlipat kali ganda dariNYA..

Wednesday, June 27, 2012

STREES... TENSION...

Ya ALLAH ya Tuhanku.... kau tenangkanlah hati hambaMU ini Ya ALLAH...
Sesungguhnya KAU maha mengetahui apa yang bermain dikotak fikiranku ni Ya ALLAH...

Saat ini hanya padaMU kupohon, hanya padaMU ku bersujud....


Wednesday, February 29, 2012

Badan ke badang..???


ibu n bapa kpd seorg ank



ibu n bapa kpd dua hero
dua hero yg hero

 ibu n bapa kpd 3 orang anak

 puteri kami yg montel


nota : bila la bentuk badan ibu kepada 3 orang anak akan kembali seperti bentuk badan ibu beranak satu hu..hu..huu...kena berguru dengan mrs. kwon nie.. 
 

Hidangan Ringkas

Main masak-masak ker apa entah... 
masak apa yg ade dalam peti ias jer
tapi... jangan terkejut walaupun hidangan ringkas
saya tetap dapat pujian dari suami dan anak-anak... 
mereka makan bertambah-tambah lagi...
(kembang idung mak auuuu...)










sup tulang ringkas (tulang, sup bunjut, bawang, halia) 
sambal (lada kecik, garam)
 ikan terubok (ikan, garam, kunyit, serbuk kari) 
telor dadar (garam, perahan limau nipis) 
nasi panas....ermmm licin