Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 16, 2011

KETUPAT SOTONG

Ada tak sesiapa yang suka makan ketupat sotong...
Ketupat sotong ni adalah makanan kegemaraan en. suami dan anak sulung saya... kalau buat ketupat sotong ni, sampai 2 kilo sekali buat... sekilo alamak gigit jari laaa xcukup..

Bila hari minggu, saya suka memasak apa yang diminta oleh anak-anak dan suami. Permintaan ditunaikan pun adalah resepi yang saya tahu buat jer.. tapi seboleh mungkin saya akan ikhtiarkan untuk penuhi permintaan yang saya sendiri tak pernah buat... tanya ibunda atau geogle jer dalam tenet..

Alamak panjanglah pulak bebelan makcik nih... buktinya mana...??? mana KETUPAT SOTONG..

ok2... tengok hasil makcik yea...


sedia untuk dimasak


tadaaaa... dah siap pun


nota kaki : dekat kb ni kalau yang dah siap masak dijual di pasar tani RM3.00 seekor

Wednesday, June 15, 2011

Puding Triffle

Minggu lepas saya saja ambek cuti... kerana en. suami pun bercuti juga sempena anak cuti sekolah. Sepanjang cuti tu en. suami sibuk penuhi undangan kenduri-kendara, saya pula tidak ikut serta kerana tak tahan cuaca panas kat luar sana...

Duduk-duduk kat rumah berkemas apa yang patut... tiba-tiba terlintas dah lama tak buat puding triffle. Bila buka kabinet dapur... laici, buah campur dan jelly ada la pulak (stok jelly selalu ada sebab anak-anak suka makan ais krim dgn jelly) Tinggal swiss roll jer tak de... telefon en. suami suruh dia singgah di kedai roti, belikan...

dan ini dia hasilnya....

bahan-bahannya... (lupa nak snap buah strawberi, tepung kastard and susu cair)






Inilah salah satu dari hasilnya (saya buat 2 bekas)


lebih dari separuh telah di'ngap' oleh en.suami...

Tuesday, June 14, 2011

Hari Minggu... di minggu-minggu terakhir

Salam semua....
Alamak... dah berhabuk n penuh sarang labah-labah di blog ini, lama betul aku tak menulis di sini. Di saat-saat akhir ini mood untuk berblog teramatlah tiada...
Hari ni pun malas nak menulis dan membebel panjang, jadi layan gambar anak-anak terunaku dan chenta hatiku pada hari minggu kami yang lepas...

kami bawa anak-anak teruna kami ke PCB (Pantai Cahaya Bulan)

adek takut ombak....