Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 22, 2011

Pembedahan Adek Amalin

Pembedahan adek yang ditunda telah ditetapkan tarikhnya, 
pada 19/10/11 (Rabu) mama mendapat panggilan dari Dr. Jas HUSM.
Dr. Jas Bagitau pembedahan adek telah dijadualkan pada 24/10/11
sehari sebelum iaitu 23/10/11 adek kena masuk ward. 

Mama awal-awal lagi dah mohon cuti selama seminggu untuk jaga adek 
sebelum dan selepas pembedahan tersebut. 
Harap semua yang dirancang akan terlaksana dengan izinNYA.... insya Allah. 
Mama dan Papa siang malam mendoakan agar adek
sihat sebelum pembedahan, semasa pembedahan dijalankan dan 
selepas selesainya pembedahan nanti

Khas buat blogger baru ..

Santai Bersama BEN ASHAARI: Blogger in da house : Khas buat blogger baru ..:
Terharu sangat-sangat dangan usaha yang Ben buat. Mama slalu baca blong Ben Ashaari....

Wednesday, October 19, 2011

Al-Kisah 'PUTING'

2 minggu lepas mama ke baby centre intai-intai puting kosong untuk adek. Dari rumah lagi niat mama nak cari puting kosong supaya adek tidak lagi hisap botol susu kosong bila nak tido. Intai punya intai ada satu puting yang mama berkenan dan terus beli satu. 

Balik rumah didihkan dan terus bagi adek hisap... nampak adek tak begitu beria, seolah-olah kena paksa aje... bila mama letak dan pegang puting tekan ke mulut adek, nampak mulut adek bergerak-gerak tanda adek hisap, tapi bila mama tidak menekan puting terus jatuh dari mulut adek.
Huhuhu... nampaknya usaha mama untuk adek tidak hisap botol susu kosong tidak berjaya.
Cara manalah agaknya tak mau adek hisap botol susu kosong ???


Tuesday, October 18, 2011

Pekan Munduk

Jumaat 3 minggu lepas mama, papa dan adik mama pergi ke Pekan Munduk. Tujuan asalnya pergi saja nak kenal Pekan Munduk. Tapi bila dah sampai bukan main banyak lagi barang yang dibeli, rasa semua benda mama nak beli. Sampai papa tak cukup tangan nak bawa barang. 
Apa yang mama beli kat sana??? barang-barang plastik (bakul kain, bakul sampah), seluar bermuda untuk 2 hero pakai kat rumah, buah mangga dan banyak lagi. Harga barang-barang kat sana memang berbaloi-baloi, terutama barangan plastik. 
Membeli sampai xingat nak bergambar, mujur adik mama ada ambek gambar semasa atas sampan, ni pun masa mula-mula sampai.... 


Pembedahan Adek ditunda

Pada 16/10/11 adek kena masuk ward sebab keesokan harinya (17/10/11) pembedahan untuk bibir adek. Pagi lebih kurang kul 10 papa hantar mama dan adek ke Hospital Universiti Malaysia (HUSM). Mama diberi keterangan berkenaan pembedahan esok. Doktor chek paru-paru adek semuo ok dan doktor telah bagitau masa esok lebih kurang kul 8.45 nurse akan bawa adek ke bilik pembedahan kerana kul 9 pagi pembedahan bermula dan proses pembedahan dalam 2 jam camtu. Tapi bila petang lain la pulak, selepas jumpa dengan doktor pakar bius... doktor pakar bius xmau ambek risiko kerana adek baru sihat dari  batuk dan demam, katanya selepas sembuh sekurang-kurangnya 2 minggu baru masa yang sesuai untuk buat pembedahan. Aduh... tension sekejap mama. Xpe la nak buat camner dah itu peraturannya.

Apa lagi, mama terus telefon papa untuk ambek mama dan adek balek rumah. Dengan cuaca yang tak menentu sekarang, mama bimbang adek akan demam balik. Alahai tertekan rasanya, ingat dah selesai semuanya. Sebelum ni mama dan adek berkurung dah hampir sebulan, takut adek terkena virus2 yang tak diingini, bimbang tarikh pembedahan akan ditunda sekiranya adek xsihat... dalam berjaga-jaga pun pembedahan tu ditunda juga huhuhu... mungkin nasib xmenyebelahi kami. Nampaknya tempoh berkurung untuk adek terpaksa dipanjangkan lagi. Mengikut doktor kami kena tunggu 23/10/11, itu pun tunggu pihak hospital telefon mama untuk pengesahan tarikh yang sebenar.

"PANTANG 100 HARI"

Ermmmm.... pada 07/10/11 (jumaat) genap sudah 100 hari mama berpantang (berpantang ker??) patutlah degupan jantung laju jer...

Bila genap 100 hari rasa nak undur jer masa dan nak lambatkan masa, xnak angka 100 tu.. naper yea..??? Sedangkan sebelum 40 hari asyik menghitung hari dan setiap waktu yang berdetik terasa begitu perlahan.

Apa pun Alhamdullilah selamat juga capai tempoh berpantang walau tinggal berasingan dengan orang tua. Terima kasih papa kerana selama tempoh mama berpantang papa banyak membantu meringankan tugas-tugas harian di rumah dan terima kasih juga kerana jadi seorang suami dan juga seorang papa yang baik dan sabar hadapi kerenah isteri dan anak-anakmu.



wajah 100 hari...heheheee


seorang suami yang peyabar

Sunday, October 2, 2011

Majlis Hari Raya

Penutup bulan Syawal pd 27 September 2011 (Selasa) pejabat kami buat majlis hari raya
sambil raikan anak-anak yatim. Semua makanan disediakan oleh katering...
Malas nak bercerita panjang, jd jom layan gambar-gambar sekitar majlis


Bergambar dengan boss-boss








Anak-anak yatim yang dirai