Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 16, 2013

Berniaga Kecil-kecilan

Seitap hujung minggu iaitu hari Jumaat, mama buka gerai jualan pakaian wanita. Mama jual blouse/kemeja, jubah, baju kurung dan baju mini kurung. Mama buka gerai sebelah pagi yang bertapak di pasar TEMAN.
Seronok juga berniaga di sini, semua peniaga-peniaga di sini ramah dan baik, sambutan pelanggan juga boleh tahan pelbagai peringkat umur dan pelbagai ragam.
Tak sabar rasa nak tunggu bulan Ramadhan, bulan ramadhan pasti tak menan tangan nak layan pelanggan... insya Allah mudah-mudahan dengan izinNYA.
Kami doakan moga dilimpahkan rezeki yang halal kepada kami sekerluarga. AMIN

  


ANAK-ANAK

Assalamualaikum...

Sudah lama mama menyepi dari menulis... bukan lupa tapi masa tidak mengizinkan untuk mengarang (cewah ayat). Berbalik pada tajuk di atas, anak mama Abg Long sekarang dah darjah 4, Abg Ngah 5 tahun jadi mama hantarkan ke tadika (Tadika Precius One) kedua-duanya turun awal pagi dan akan pulang selepas waktu pejabat. Sesi menghantar dan mengambil anak-anak sekolah adalah tugas papa. Adek pula mama hantar ke rumah pengasuh. 

Syukur alhamdulillah kedua-dua anak mama serasi dengan sekolah masing-masing. 
Pada 30.06.2013 adek terpaksa masuk ward kerana pada 01.07.2013 adek akan menjalani satu lagi pembedahan. Kami sekeluarga tak henti-henti doakan keselamatan untuk adek. Harapan kami agar adek sihat dan tidak mempunyai masalah untuk menghadapi pembedahan nanti.

Kami sekerluarga perlu kuatkan mental dan fizikal untuk adek.

harta kami