Jam menunjukkan tepat pukul 12.30 tengahari, dan ketika itulah nama mama n papa dipanggil oleh petugas di dewan bedah. Dengar nama dipanggil, mama n papa laju jer berlari-lari anak menuju ke pintu dewan dan terus masuk tengok adek. Dalam kepala kami sebelum tu terbayang bermacam-macam kemungkinan. Masa kami sampai di katil adek masih dalam keadaan xsedarkan diri lagi. Selang beberapa mini kemudian barulah mama dengar suara adek 'mengerang', tapi bunyinya tidak kuat.
Setelah keadaan adek stabil, jururawat tolak katil adek ke wad. Tok Ma & Tok Abah (mertua), Tok Ma (mak mama), adik mama n ipar duai datang ziarah adek. Selepas mereka semua pulang, papa pula balik rumah kejap sebab kena ambek abang long pulang dari sekolah. Tinggallah mama sorang-sorang jaga adek, bila mama sorang-sorang adek pun mulalah start enjin, sebab masa tu dia dah sedar dan mungkin baru terasa sakit dan lapar kerana last minum susu kul 3 pagi lagi. Mama pujuk, dokong pun langsung tak jalan. Kul 5 petang kakak mama datang, selang beberapa minit kemudian papa, abang long dan abang ngah pun sampai.
Dalam kul 4.15 petang adek dah boleh minum susu, minum susu pun still nangis2 lagi sampai mama pun dah tak tau cara nak pujuk adek, last skali mama menitiskan air mata juga. Nangis-nangis2 itulah yang adek tahu sampai ke pagi esoknya. Dari petang ke malam dari malam ke petang mama, papa dan adik mama bergilir-gilir jaga adek. Abang long pun terpaksa tido kat hospital, abang ngah ikut Tok Ma (mentua) balik.
Esoknya pagi-pagi lagi abang long dan papa balik kerana abang long nak ke sekolah. Alhamdullilah selepas doktor datang, mama diberitahu adek dah boleh keluar dari hospital
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Adek Selepas Pembedahan
Di sini mama nak tunjuk gambar-gambar adek yang diambil selepas pembedahan. Mula-mula adek keluar dari dewan bedah mama menitiskan air mata, air mata gembira dan syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya selamat. Betapa besar kuasa Allah memberikan ilmu kepada pakar-pakar tersebut menjadikan bibir adek jauh lebih sempurna dari yang sebelumnya...
Ya Allah, aku berterima kasih kepadaMU....
Teratak Sayang
Inilah syurga kami 5 beranak, tempat kami berteduh dari panas dan hujan, tempat kami berkasih sayang. Walau kecik, ia amat bermakna dan sudah cukup untuk kami berlima. Syukur dengan apa yang dianugerahkan oleh ALLAH...
Pandangan depan dan dalam 'Teratak Sayang'
enter;">
Kami sekarang tengah berangan nak tukar kaler cat luar rumah, insya Allah tahun depan jika ada rezeki lebih.
Itu ajelah gambar-gambar yang sempat dipamerkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)