Hari ni dah masuk 2 minggu mama demam... tapi masih belum sembuh sepenuhnya lagi. Demam yang datang dan pergi (on off) aduh sungguh longlai tubuh badan ini, mana dengan kerja kat office lagi.. kerja-kerja di rumah sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak.... aduhhh,,,,, semput dan kadang-kadang buat aku stressss. Nasib baik Allah berikan aku suami yang cukup memahami dan sentiasa ringan tulang tolong apa yang patut bila kat rumah. Abang Long pula dah boleh tolong mama jaga adek, buatkan susu untuk adek dan Abang Ngah.
Alhamdullilah... terima kasih Allah kerana Kau anugerahkan aku suami dan anak-anak yang cukup sempurna buat aku. Sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur
muka orang demam