Saturday, September 24, 2011
Temujanji Ketiga
Temujanji yang kedua telah selesai doktor telah bagi tarikh untuk buat pembedahan iaitu pada 17 Oktober 2011 sebelum tu masuk ward 16 Oktober 2011 ( 9.00 pagi)
Temujanji ketiga pula pada 26 September 2011, doktor kata kena ambil darah... sian baby, masa temujanji pertama hari tu dah ambek darah...
Prose temujanji kedua hari tu berjalan lancar, walaupun kami terlewat sampai. Doktor-doktor dan jururawat kat HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) semua baik-baik belaka, bagi keterangan terperinci berkenaan penyakit anak kami, beri kata-kata semangat untuk kami dan tak lokek dengan senyuman. Doktor Khairuddin adalah doktor yang ambek kes Adek Amalin. Doktor ni tersangatlah baik, friendly dan sentiasa bagi kata-kata semangat kepada kami.
Sebelum ni kami sering tertanya-tanya berapakah agaknya kos-kos yang diperlukan setiap kali pembedahan atau rawatan yang diberikan dan alhamdullilah semuanya terjawab bila doktor bagitau semuanya tidak memerlukan sebarang kos.
DEMAMMM...demammm...
Salam sayang semua...
Hari ni dah masuk hari keempat anak-anakku demam. Tapi alhamdullilah nampaknya dah beransur sihat, cuma batuk dan selsema masih belum reda. Harap cepat sihat semuanya, terutama skali adek Amalin. Sepatutnya hari ni adek Amalin kena ke klinik untuk suntikan, tapi tak dapat pegi la sebab demam. Abang Long demam dah tak de cuma batuk-batuk jer. Abang Ngah masih makan ubat demam dan kena habiskan antibiotic yang diberikan doktor. Mudah-mudahan anak-anak mama cepat sembuh semuanya, sebab hari ni mama pulak dilanda batuk, papa pula dari semalam demam.
Mama paling takut jika batuk dan selsema adek Amalin berlanjutan, kerana 17/10/11 adek amalin kena buat pembedahan dan sebelum tu kena terima suktikan untuk 2 bulan dulu. Jika adek amalin belum sihat pada tarikh tersebut, pembedahan terpaksa ditangguhkan. Ya ALLAH.... berikan kesihatan kepada anak-anakku
Abg Ngah (buat muka sedih sebab tak mahu makan ubat)
Wednesday, September 21, 2011
Adek ke rumah Pengasuh
Salam semua...
Hari ni dah 7 hari adek Amalin dihantar ke rumah pengasuh. Alhamdullilah jumpa juga pengasuh yang dicari dan alhamdullilah juga setakat hari ni belum ada sebarang masalah. Apa pun terima kasih Kak Zie (rakan sekerja) kerana perkenalkan pengasuh untuk adek Amalin.
Pagi-pagi lagi adek Amalin sudah bangun, bila adek Amalin dah bangun... mama kena mandikannya dulu. Adek Amalin akan terus merengek-rengek jika mama lengah-lengah mandikannya. Bila mama angkat dan mandikannya, adek Amalin tersenyum-senyum sambil minum susu dan terus tertido hinggalah sampai ke rumah pengasuh (Kak Sah).
Monday, September 12, 2011
Hati seorang yang bergelar IBU
Kini aku telah bergelar ibu beranak tiga... Impian dan doa kami agar dikurniakan anak perempuan telah dimakbulkan olehNYA... namun kami diuji dengan kelahiran yang sedikit tidak sempurna pada pandangan mata kasar, namun bagi kami zuriat ini cukup sempurna dan terlalu istimewa.
Bohong jika aku katakan aku langsung tidak terkejut dengan kelahiran tersebut. Pada kali pertama kulihatnya... jiwaku tersentuh, lidah kelu tanpa kata. Pada saat itu hanya hati berkata-kata, adakah ini ujian, dugaan atau entahlah pelbagai telahan bermain diminda. Suamiku dan juga Ayah kepada zuriat tersebut dari saat kelahiran lagi tidak berkata-kata hanya air mata sebagai pencerita. Bukan kami kecewa... tapi terdetik di kotak fikiran kami mengapa DIA menguji dan menduga kami sebegini rupa, apa dosa kami..?? apa salah kami...??? Setiap kali kutatap wajahnya, air mataku terus mengalir tanpa henti namun aku sering memujuk hati ini agar redha dengan apa yang dikurniakan. Bila berhadapan dengan suami aku tahan air mataku, kukeraskan hati ini, aku terpaksa berlakon jadi seorang ibu yang kuat, kerana aku mahu suamiku juga jadi seorang ayah kuat, kuat menerima ujian tersebut.
Semakin hari semakin sayang kami kepadanya...hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan hari ini sudah 76 hari kami menatang zuriat tersebut... dan kami telah menerima seadanya. Zuriat tersebut kami namakan Nur Amalin Danisha, Alhamdullilah proses pembesarannya normal seperti bayi-bayi lain. Dari menyusu menggunakan tiup semasa di ward, bila bawa balik ke rumah menyusu dengan menggunakan sudu dan Alhamdullilah sekarang adek Amalin dapat menyusu menggunakan botol biasa seperti bayi-bayi lain.
Temujanji Kedua
14.09.11 merupakan temujanji kedua untuk adek Amalin... awal-awal lagi mama n papa dah ambek cuti. Sebelum keluar ward hari tu doc pakar mulut bagitau tarikh di atas adalah tarikh untuk pembedahan, tapi semasa temujanji pertama selepas keluar dari ward hari tu doc lain pulak bagitau tarikh tersebut adalah temujanji biasa sebab pada kad tidak diberitahu... compius aku??? apa pun tunggu aje pada tarikh tersebut...
Harapan kami agar pembedahan disegerakan... kami sentiasa mendoakan agar selepas pembedahan nanti adek Amalin akan sempurna seperti bayi-bayi lain... Insya ALLAH dengan izinNYA....
Monday, September 5, 2011
PENGASUH...!!!
Selamat Hari Raya semua....
Hari ni dah 8 Syawal dan hari ni adalah hari ketiga aku mula kerja. Walaupun sudah 3 hari bekerja, pengasuh untuk baby belum dijumpai. Hari pertama dan kedua bekerja adek aku yang bermurah hati luangkan masa untuk jaga baby dan hari ketiga (Selasa) aku terpaksa hantar baby ke rumah mama aku.... terpaksa walaupun jarak agak jauh (tebing tinggi dan mulong). Mama cadangkan agar Khamis baru aku datang jemput baby sementara pengasuh dijumpai... adakah aku sanggup??? sedangkan mau tunggu waktu rehat kul 1 pun begitu seksa rindu kutanggung.
Walaupun seksa rindu itu.... aku terpaksa menanggungnya. Ya ALLAH,,, berilah kekuatan dan kesabaran untuk semua ini sesungguhnya KAU maha mengetahui....
Bila rindu hanya gambar-gambar jadi pengubatnya.....
Anugerah TERISTIWEMA drNYA....
Alhamdullilah.... tanggal 30 Jun 2011 zuriat yang dikandung selama 9 bulan 19 hari telah selamat melihat dunia, melihat papa, mama dan abang-abang yang sebelumnya hanya suara yang didengar. Zuriat tersebut diberi nama NUR AMALIN DANISHA. Walau dia dilahirkan tidak sempurna seperti bayi-bayi lain, sesungguhnya dia adalah anugerah yang terlalu istimewa buat kami. Mungkin kelahiran ini ada hikmat yang disembunyikan oleh yang MAHA ESA. Sesungguhnya aku redha dan aku hanya mampu berdoa agar DIA sempurnakan anugerah tersebut suatu hari nanti. Walau apa yang terjadi dan akan terjadi sesungguhnya aku sebagai hambaNYA tetap memanjatkan syukur kepadaNYA...
SYUKUR...SYUKUR....SYUKUR kerana Tahun 2011 adalah tahun rezeki bagi kami sekeluarga,,,,,,, selain dari dianugerahkan insan teristimewa kepada kami sebagai pelengkap kebahagiaan....kami juga dapat bonus dr majikan, dapat kenaikan gaji dan sehari sebelum kelahiran adek segala proses pembelian rumah telah selasai. Tanggal 27 Julai 2011 kami telah berpindah ke kediaman baru.. Sesungguhnya Ramadhan dan Syawal kali ini amat bermakna buat kami sekeluarga..
Subscribe to:
Posts (Atom)