Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 24, 2011

Temujanji Ketiga

Temujanji yang kedua telah selesai doktor telah bagi tarikh untuk buat pembedahan iaitu pada 17 Oktober 2011 sebelum tu masuk ward 16 Oktober 2011 ( 9.00 pagi)
Temujanji ketiga pula pada 26 September 2011, doktor kata kena ambil darah... sian baby, masa temujanji pertama hari tu dah ambek darah...

Prose temujanji kedua hari tu berjalan lancar, walaupun kami terlewat sampai. Doktor-doktor dan jururawat kat HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) semua baik-baik belaka, bagi keterangan terperinci berkenaan penyakit anak kami, beri kata-kata semangat untuk kami dan tak lokek dengan senyuman. Doktor Khairuddin adalah doktor yang ambek kes Adek Amalin. Doktor ni tersangatlah baik, friendly dan sentiasa bagi kata-kata semangat kepada kami.

Sebelum ni kami sering tertanya-tanya berapakah agaknya kos-kos yang diperlukan setiap kali pembedahan atau rawatan yang diberikan dan alhamdullilah semuanya terjawab bila doktor bagitau semuanya tidak memerlukan sebarang kos.

Lupa pulak nk ambek gambar baby masa kat HUSM... Doktor Khairuddin ada ambek gambar baby bersama mama. Sebelum ke HUSM mama ada ambek gambar baby... so ini dia semakin cantik dan manis anak dara mama dan papa...

No comments:

Post a Comment