Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 18, 2011

Pembedahan Adek ditunda

Pada 16/10/11 adek kena masuk ward sebab keesokan harinya (17/10/11) pembedahan untuk bibir adek. Pagi lebih kurang kul 10 papa hantar mama dan adek ke Hospital Universiti Malaysia (HUSM). Mama diberi keterangan berkenaan pembedahan esok. Doktor chek paru-paru adek semuo ok dan doktor telah bagitau masa esok lebih kurang kul 8.45 nurse akan bawa adek ke bilik pembedahan kerana kul 9 pagi pembedahan bermula dan proses pembedahan dalam 2 jam camtu. Tapi bila petang lain la pulak, selepas jumpa dengan doktor pakar bius... doktor pakar bius xmau ambek risiko kerana adek baru sihat dari  batuk dan demam, katanya selepas sembuh sekurang-kurangnya 2 minggu baru masa yang sesuai untuk buat pembedahan. Aduh... tension sekejap mama. Xpe la nak buat camner dah itu peraturannya.

Apa lagi, mama terus telefon papa untuk ambek mama dan adek balek rumah. Dengan cuaca yang tak menentu sekarang, mama bimbang adek akan demam balik. Alahai tertekan rasanya, ingat dah selesai semuanya. Sebelum ni mama dan adek berkurung dah hampir sebulan, takut adek terkena virus2 yang tak diingini, bimbang tarikh pembedahan akan ditunda sekiranya adek xsihat... dalam berjaga-jaga pun pembedahan tu ditunda juga huhuhu... mungkin nasib xmenyebelahi kami. Nampaknya tempoh berkurung untuk adek terpaksa dipanjangkan lagi. Mengikut doktor kami kena tunggu 23/10/11, itu pun tunggu pihak hospital telefon mama untuk pengesahan tarikh yang sebenar.

No comments:

Post a Comment